Saturday 14 September 2013

Sah! Fouziah Gous-Zhafran Nikah 21 September Ini



KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2013: Aktres jelita, Fouziah Gous akhirnya mengumumkan yang dia dan tunangnya, Zhafran Dato` Yusof, 30, bakal diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang akan dilangsungkan pada Sabtu, 21 September ini.

Pengumuman itu dibuat Fouziah sendiri dalam satu majlis sidang media mengumumkan tarikh pernikahan serta persandingannya yang diadakan di Seri Kembangan, petang tadi.

Dalam sidang media tersebut, Fouziah memberitahu yang majlis akad nikahnya akan diadakan di Dewan Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Bukit Jelutong pada sebelah malam selepas Isyak. Majlis akad nikah itu juga akan diserikan dengan tema Pakistan dan warna putih.

Majlis resepsi sebelah perempuan pula akan diadakan pada malam Ahad, 29 September di Marriot, Putrajaya manakala bagi pihak lelaki pula akan diadakan di kediaman Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober ini.

Fouziah dan Zhafran telah ditunangkan pada 1 Jun lalu dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur. Mereka mula berkenalan pada Mac lalu dan selepas lebih 3 bulan mengenal hati budi, pasangan ini bersetuju untuk mengikat pertunangan dan mengumumkan akan berkahwin selepas sambutan Aidilfitri tahun ini. - murai.com.my

No comments :

Post a Comment