Friday 13 September 2013

Taksub Dengan Superman, Sanggup Ubah Rupa


superman1


MANILA – Kerana terlalu taksub kepada Superman, seorang lelaki sanggup menghabiskan masa selama 16 tahun dalam hidupnya semata-mata untuk kelihatan seperti hero komik itu.
Ia termasuk menjalani pembedahan di bahagian hidung, memutihkan kulit, sedut lemak, membedah rahang dan memasukkan implan di bahagian perut.
Semua itu bagi memastikan Herbert Chavez, 35, standing dengan Clarke Kent.
Jelas Chavez, dia mula jatuh cinta dengan watak Superman sejak berusia lima tahun dan menghabiskan wang sebanyak RM25,000 bagi tujuan menukar wajahnya menjadi hero kanak-kanak tersebut.
Dia sering memakai kostum Superman ketika keluar rumah, termasuk menggunakan gel bagi membentuk rambutnya.
Matlamat Chavez adalah untuk mengajar kanak-kanak dengan nilai yang baik selain menceriakan hari mereka.
“Saya rasa seperti seorang wira setiap kali saya memakai kostum Superman ini. Saya bukan mahu menyelamatkan satu dunia namun saya mahu membantu dalam bentuk yang lebih kecil.
“Saya tidak pernah menyesal malah orang ramai sering meminta untuk bergambar dengan saya,’’ katanya.
Chavez kini merancang untuk memperbaiki rupa parasnya dengan menjalani lebih banyak pembedahan termasuk menjadikannya lebih tinggi dan membentuk perutnya agar kelihatan lebih cantik.
Dia yang masih bujang ini, menjahit sendiri kostum Superman dan berharap suatu hari nanti dapat bertemu teman hidup yang dapat berkongsi minat yang sama.
“Saya masih bujang tapi saya mahu mencari teman yang mempunyai minat yang sama dengan saya,’’ katanya.
Pada Jun lalu, Guinness World Records telah mengiktiraf Chavez sebagai individu yang mempunyai koleksi Superman paling banyak di dunia iaitu berjumlah 1,253 meliputi anak patung pelbagai saiz dan poster.
Bagaimanapun Chavez berkata, koleksi barang-barang Superman miliknya itu kini hampir berjumlah 5,000 dan dia bercadang untuk menambahnya kepada 10,000.
superman3
SUMBER - MynewsHub

No comments :

Post a Comment