Thursday 12 September 2013

TELUR KENCING BUDAK DI CHINA (9 GAMBAR)


Macam macam

Setiap kaum di dunia mempunyai pelbagai budaya unik mereka tersendiri. Ada yang membelah lelangit bayi kononnya memudahkan bayi belajar bercakap. Ada yang memberi makan kepada budak perempuan supaya mereka gemuk dan menunjukkan keluarga mereka kaya. Di Provinsi Zhejiang China ada makanan aneh yang dibuat dengan merebus telur didalam kencing budak lelaki. Ianya dipanggil "Virgin Boy Egg". Sesiapa yang memakan telur ini dikatakan akan mempunyai kekuatan badan. Senga-sengal badan juga dapat dihilangkan. Setiap hari baldi diletakkan di dalam tandas budak lelaki dan pembuat telur kencing ini akan mengumpulnya.

Weird culture eh? Tapi perbezaan budaya inilah yang membuatkan dunia ini unik. Siapakah kita untuk melabel budaya itu dan ini aneh. I mean ada orang kata budaya sunat dikalangan orang Islam dan Yahudi itu mutilasi genitalia dan harus diharamkan. Asalkan yang mengamalkan tak mengalami kemudhratan tak apa kot?




No comments :

Post a Comment