Friday 13 September 2013

Trailer : Vikingdom Bukti KRU Studios Mampu Ke Peringkat Antarabangsa



KRU Studious
Pihak KRU Studios baru sahaja melancarkan trailer filem terbaru mereka berjudul “Vikingdom” arahan Yusry Abdul Halim di laman sosial YouTube pada 11 Mac lalu.
Filem bergenra aksi, fantasi dan penggembaraan ini merupakan filem yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan ianya adalah produk buatan Malaysia yang dikeluarkan secara khusus untuk pasaran antarabangsa.
Menurut Presiden Eksekutif KRU Studios serta Penerbit Eksekutif Vikingdom, Norman Abdul Halim, idea untuk menghasilkan filem ini sudah lama difikirkan dan sebelum ini pihaknya memerlukan masa yang sesuai untuk menyiapkan skrip tersebut.
Idea untuk menerbitkan filem bertemakan sejarah dan mitos orang-orang Vikings ini telah diilhamkan seawal tahun 2008. Pihak kami tahu bahawa projek ini adalah terlalu besar bagi kami ketika itu dan kami perlukan masa untuk menyiapkan skrip, memperkukuhkan rangkaian perniagaan diperingkat antarabangsa, memperkasakan kemahiran didalam penghasilan kesan khas visual (CGI) serta mendalami pemahaman tentang pasaran filem diperingkat global.





Proses untuk menyiapkan filem ini juga difahamkan memakan masa selama 6 bulan dan kebanyakan lokasi penggambaran adalah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.
Vikingdom memakan masa selama 6 bulan bagi kerja-kerja pra-produksi, 2 bulan bagi produksi (penggambaran) dan 16 bulan bagi pasca produksi, khususnya bagi kerja-kerja kesan khas visual merangkumi lebih 3,000 syot.
Kesemua kerja-kerja pra-produksi, produksi dan pasca produksi telah dijalankan di Malaysia, oleh hampir keseluruhannya warganegara Malaysia. Kebanyakan lokasi bagi penggambaran adalah di studio pentas bunyi disekitar Kuala Lumpur untuk menghasilkan dunia fantasi “surreal” sepertimana yang digambarkan didalam filem-filem seperti “Lord of The Rings” dan “300”.
Untuk makluman, filem ini akan mula ditayangkan di sekitar Los Angeles pada 26 dan 27 Mac ini, manakala untuk tontonan orang awam yang lain, filem “Vikingdom” dijangak akan menemui penonton sekitar bulan Ogos tahun ini.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Dominic Purcell (Prison Break, Killer Elite), Natassia Malthe (Dead or Alive, Elektra), Craig Fairbrass (Cliffhanger), Jon Foo (Tekken) serta Conan Stevens (The Hobbit).
Berikut kami paparkan trailer filem “Vikingdom – The Blood Eclipse” untuk tontonan anda semua. Semoga terhibur!

No comments :

Post a Comment