PUTRAJAYA 15 Ogos - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah segera memindahkan seorang isteri yang menjadi mangsa belasahan seorang lelaki dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Isnin lalu ke sebuah rumah perlindungan sementara.
Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, mangsa tersebut akan diberi perlindungan bersama dua orang anaknya di salah sebuah rumah perlindungan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, perlindungan tersebut diberikan selepas mendapat arahan dari Mahkamah Majistret Seberang Prai Tengah hari ini.
"Wanita tersebut mahu kedua-dua anaknya dibawa sekali jadi pihak kami akan menyediakan mereka khidmat perlindungan dan kauseling bermula hari ini sehingga kes itu selesai.
"Kita juga bekerjasama rapat dengan polis untuk menangani kes ini dengan menempatkan mereka ke rumah tersebut supaya tidak diganggu lagi oleh suami mangsa," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini mendedahkan satu video berdurasi 2.20 minit yang telah menggemparkan pengguna Internet apabila memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah teruk oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif. - UTUSAN ONLINE
LELAKI BELASAH ISTERI DALAM LIF DIBURU POLIS
Sumber : Utusan Malaysia
No comments :
Post a Comment