Monday 16 September 2013

FESTIVAL GUSTI KUDA DI SEPANYOL (11 GAMBAR)


WTF?...... why?

Selamat datang ke Rapa das Bestas atau dalam bahasa inggeris "cropping the beast". Ianya festival selama 3 hari yang berlangsung di setiap bulan Julai diGalacia Sepanyol. Ketika Rapa das Bestas, beratus ekor kuda liar akan ditangkap, digusti dan kemudian dipotong bulunya. Rapa das Bestas ialah acara tahunan yang sudah berlangsung selama400 tahun.

Menurut lagenda, 400 tahun yang lalu sebuah bandar di Galacia diserang wabak. Ramai penduduk meninggal dunia. Seorang wanita berdoa kepada San Lorenzo , yang merupakan Patron Saint bandar beliau untuk membantu mereka. Berkat doa beliau masalah wabak berakhir. Bagi mengucapkan terima kasih kepada San Lorenzo wanita itu kemudian melepaskan dua ekor kuda ke tanah lapang. Kesemua kuda liar yang ada di Galacia dipercayai berasal dari 2 ekor kuda ini. Setiap tahun kuda liar akan ditangkap dan dipotong bulunya bagi memastikan mereka sihat dan tidak panas ketika musim panas. Untuk menangkap kuda liar, para peserta Rapa das Bestas tidak boleh menggunakan alatan moden. Mereka harus bergusti dengan kuda yang ada bagi menunjukkan kemanly-an mereka.





No comments :

Post a Comment