Monday 16 September 2013

Kanak-Kanak Setahun Terjatuh Dalam Lubang N@jis

Kanak-Kanak Setahun Terjatuh Dalam Lubang N@jis | Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa bergelumang dengan bau busuk selepas terjatuh dalam lubang najis di Yanji, timur laut China.
Kes Nyaya, Budak Terjatuh Dalam Lubang Najis




Menurut media Daily Mail, insiden berlaku selepas budak berusia setahun lapan bulan itu dipercayai tergelincir ke dalam lubang terbabit ketika pergi ke tandas secara bersendirian.

Ibunya hanya menyedari kehilangan anaknya selepas terdengar jeritan meminta tolong.

Sejurus kejadian, sekumpulan anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian terletak berdekatan rumah mangsa untuk operasi menyelamat.

“Anggota terpaksa memakai alat pernafasan lengkap dengan tong oksigen kerana lubang berkenaan dipenuhi najis. Budak itu tidak mengalami kecederaan, hanya mengalami trauma,” kata pegawai bomba. sumber

No comments :

Post a Comment