Saturday 21 September 2013

Video: ‘Drop Test’ iPhone 5S dan 5C


iphone5s-iphone-5c-iphone-5-comparison_0
iPhone 5S dan 5C baru sahaja mula dijual hari ini dan ramai yang tertunggu-tunggu video ‘drop test’ kedua-dua iPhone ini. Setiap kali iPhone baru dikeluarkan, pasti ada video seperti ini ditunjukkan untuk melihat ketahanan iPhone tersebut.
Drop test iPhone 5 tahun lepas menunjukkan ketahanan yang hebat kerana ianya tidak rosak apabila dijatuhkan berkali-kali, diletakkan di dalam ais dan dicelup di dalam air.
Hari ini, pihak Android Authority melakukan drop test untuk kedua-dua model baru iPhone 5S dan 5C. Adakah iPhone 5S tahan lasak seperti iPhone 5 sebelum ini dan mampukah plastik polikarbonat iPhone 5C bertahan apabila dijatuhkan berkali-kali?
Lihat video drop test tersebut di bawah.

No comments :

Post a Comment