Saturday 21 September 2013

Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md Zhafran



Ketika ini sedang berlangsung satu majlis malam berinai untuk bakal pasangan pengantin baru Fouziah Gous & Md Zhafran yang berlangsung di kediaman bakal pengantin perempuan.
Fouziah Gous memaklumkan yang majlis malam berinai mereka bertemakan Pakistan kerana beliau mempunyai darah kacukan dari sana selain pernikahan malam esok juga akan gunakan tema yang sama — kesinambungan katanya.
Fouziah Gous dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September 2013 di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8.00 malam.
Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis menyambut menantu akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis malam berinai Fouziah Gous dan Md Zhafran yang dirakam serta dikongsi secara langsung oleh CST Production. Enjoice!

No comments :

Post a Comment