Tuesday 3 September 2013

Bakal Ke Bangkok, Shaheizy Sam Kini Bergelar Penerbit


Filem Adnan Sempit 3 telahpun ditayangkan pada Aidilfitri lepas dan berjaya mengutip RM4 juta, di mana ianya membuktikan filem Adnan Sempit merupakan antara francais filem paling berjaya setakat nie. Sekarang filem Adnan Sempit 3 masih ditayangkan di Astro First dan turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat filem komedi nie. Korang dah tonton? Kalau belum, boleh melanggan kat saluran 481.
Anyway belum pun Adnan Sempit 3 habis tayangan, pihak produksi filem nie telahpun bersiap-siap packing selimut, bantal dan sebagainya la untuk sequel Adnan Sempit seterusnya yang khabarnya akan menjalani penggambaran kat Bangkok! Wahh..! Semakin besar francais filem Adnan Sempit nie, kan? Antara yang tengah melengkapkan diri dengan filem nie semestinya hero filem nie iaitu Shaheizy Sam. Kata Sam, sekarang nie dia sedang menumpukan perhatian kepada sequel tersebut bagi memastikan ianya menjadi satu lagi sequel Adnan Sempit yang berjaya.
“Saya bersama pelakon lain dan kru produksi dijangka berada di Bangkok hampir sebulan. Selesai penggambaran di bandar raya itu, baki babak akan disempurnakan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur,”
Tak sabar rasanya nak tengok sequel terbaru filem Adnan Sempit nie. Selain daripada tu, sekarang Shaheizy Sam jugak katanya dahpun bersedia untuk bergelar seorang penerbit. Untuk pengetahuan korang, Sam dahpun menubuhkan sebuah syarikat usahasama bersama kakaknya, Zizie Izette 2 tahun lalu yang diberi nama Kat & Kits Entertainment. Selepas beberapa lama menimba pengalaman di lokasi penggambaran, sekarang Sam dah bersedia untuk meluaskan kerjayanya dan sedang berbincang untuk menerbitkan program kembara dan drama tv.
MiG Online memang respek kat Sam nie sebenarnya. Walaupun telah 2 kali bergelar Bintang Paling Popular, namun gelaran tu tak sikitpun buatkan Sam lupa asal-usul dan sentiasa memikirkan masa depan. Semoga Sam terus berjaya dan untuk mengetahui lebih lanjut pasal perkembangan Sam, korang boleh dapatkan akhbar Berita Harian hari nie. ;)

No comments :

Post a Comment