Tuesday 3 September 2013

[NEWS] KOMEN ZIZAN MENGENAI KL GANGSTER 2

[NEWS] KOMEN ZIZAN MENGENAI KL GANGSTER 2


Hai korang semua..baru-baru ini industri perfileman tanah air telah digemparkan oleh berita yang amat mengejutkan yang dimana buat pertama kalinya, sebuah filem telah dikeluarkan dan dikongsi kepada masyarakat di laman social dan online platform oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebelum tayangan rasmi diadakan.
Perkara seperti ini amat menyedihkan bagi pihak produksi dan artis-artis yang telah menjayakan filem ini, bayangkan usaha keras dan idea yang telah dicurahkan tidak dinilai dengan adil. Kiteorang ingin menyarankan korang semua supaya tidak menyokong perkara seperti ini, seperti sedia maklum filem ini memperuntukan kos yang besar dan mempunyai potensi yang besar untuk berjaya. Semua ini adalah untuk memberikan kepuasan kepada penonton dan menaikkan taraf kualiti industri filem tanah air kita. Amat sedih sekali perkara seperti ini berlaku.
Sayangi industri hiburan tanah air kita, sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memajukan dan menyokong industri tanah air kita sendiri. Kiteorang dan WFE menyarankan supaya korang semua berlaku adil dan menyokong filem ini apabila ia ditayangkan dipawagam akan datang nanti. Pejuang-pejuang industri filem tanah air selama ini telah berusaha keras untuk memartabatkan industri filem kita, jangan sia-sia kan perjuagan mereka..tanpa mereka semua..mungkin industri filem kita akan hambar..berfikirlah dengan bijak dan matang..kiteorang yakin..korang semua mampu menilai dan korang semua adalah penentu masa hadapan industri hiburan dan khususnya filem tanah air kita. Teruskan menyokong industri filem tanah air kita..dekat bawah nie kiteorang ada share pesanan dan komen daripada Zizan Razak mengenai perkara yang berlaku ini..
P/S: Teruskan menyokong filem KL Gangster 2 bila ditayangkan nanti! Korang mampu mengubahnya..

No comments :

Post a Comment