Tuesday 3 September 2013

(Peraduan) Jom Tonton Filem Lagenda Budak Hostel


Masih teringat lagi zaman-zaman masa masuk sekolah berasrama penuh dulu, MiG Online memang rasa neves sangat, bukan pasal apa, sebelum masuk tu dah dimomokkan dengan pelbagai cerita yang menyeramkan macam kena basuh baju senior, kena cium batang pokok & cakap I Love You kat pokok tu kuat-kuat dan macam-macam lagi. Tapi nasib baik la masa masuk tu abang-abang senior semuanya baik-baik, tak macam apa yang dialami oleh Along Cham & Along Eyzendy serta Nora Danish, Mikail Andre, Siti Aziz, Atikah Suhaime dalam filem komedi Lagenda Budak Hostel yang rasanya kebanyakan korang yang masuk sekolah berasrama pernah lalu kejadian macam yang dorang alami.
Makan megi dalam baldi, kau mampooo?
Apa yang dorang alami? Jom korang tonton Di Sebalik Tabir filem Lagenda Budak Hostel nie dan jugak, hadiah untuk korang, MiG Online nak jemput korang-korang yang bertuah untuk bersama-sama dengan para pelakon filem Lagenda Budak Hostel seperti Along Cham, Along Eyzendy, Nora Danish, Atikah Suhaime, Epy Kodiang, Edy Rauf, Pekin Ibrahim, Mikail Andre, Rahim R2 & ramai lagi. Camne caranya? Yokk!! baca instruction kat bawah nie.
So, mesti korang nak tau camne nak dapatkan seat percuma untuk filem nie, kan? Yokk!! baca:

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Namakan watak Along Cham, Along Eyzendy & Nora Danish dalam filem  Lagenda Budak Hostel.
b) Siapakah yang memegang watak sebagai Cikgu Rahim dalam filem Lagenda Budak Hostel?
c) Bilakah filem Lagenda Budak Hostel akan ditayangkan?
(Jawapan boleh didapati dalam Di Sebalik Tabir Lagenda Budak Hostel

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Jom Tonton Lagenda Budak Hostel”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:
a) Nama Penuh Mengikut I/C
b) No Telefon
c) Email
d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. Hantar jawapan korang ke:

metrowealthonline@gmail.com
(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

No comments :

Post a Comment