Thursday 5 September 2013

BREAKING NEWS! harga minyak akan diturunkan sebanyak 40 sen serta merta!


harga minyak akan diturunkan sebanyak 40 sen serta merta!

sumber dari PM online news

Satu sidang media mengejut telah dibuat oleh PM dikediaman rasmi beliau sekitar 8 pagi tadi ekoran daripada pengumuman kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel yang diumumkan semalam dimana telah mendapat maklum balas negatif dan kritikan rakyat terutama oleh para pengguna di alam maya dimana rata-rata membidas langkah kerajaan menaikkan harga sebanyak 20 sen seliter bermula tengah malam tadi. Sehubungan dengan itu, PM membuat keputusan mengejut dengan memutuskan akan menurunkan harga minyak sehingga 40 sen seliter dengan serta merta.ikuti petikan ucapan beliau ketika sidang media diadakan.

‘Saya mewakili pihak kerajaan dengan penuh rasa rendah diri dan penuh rasa kesal memohon maaf kepada seluruh rakyat ekoran daripada keputusan yang telah diambil oleh pihak kami didalam menaikkan harga minyak diesel dan petrol sebayak 20 sen seliter berkuatkuasa pada tengah malam semalam sehingga menyebabkan ketegangan dan menerima maklum balas dan kritikan agak negatif dari pada seluruh lapisan rakyat terutama oleh pengguna halaman interaktif dan sosial alam maya. Sememangnya keputusan menaikkan harga minyak bukannya dibuat secara tergesa-gesa tetapi ianya telah melalui penilitian rapi dari pelbagai sudut dan faktor. Pun begitu, kami telah lalai dari memikirkan akan kesannya kepada rakyat selepas keputusan ini diumumkan kepada masyrakat.
Oleh itu, saya dengan penuh rendah hati dengan ini memutuskan akan menurunkan harga minyak cap kapak kepada 40 sen seliter berkuasa serta merta. Diharap dengan keputusan yang telah saya buat ini akan mampu melegakan sakit kepala semua pihak dan lapisan masyarakat sejak pengumuman semalam dan menerima perkhabaran ini dengan rasa suka cita dan gembira. Anda juga tidak perlu melakukan pembelian panik kerana kementerian terbabit telah memberikan jaminan bahawa stok bekalan dan harga barangan terpilih adalah cukup dan tidak berubah sehingga PRU14 nanti. Sekian, Terima Kasih. 
(gambar perdana menteri hanya sebagai hiasan..PM tu maksudnya Paling Manang) sekian dan terimakasih lagi sekali.

No comments :

Post a Comment