Wednesday 4 September 2013

Blogger Dipersalahkan Kerana KL Gangster 2


Blogger Dipersalahkan Kerana KL Gangster 2
Muat turun percuma KL Gangster 2

Kecoh isu filem KL Gangster 2 bocor dan boleh dimuat turun secara percuma sebelum tayangannya pada 3 Oktober 2013. Pengarahnya Syamsul Yusof cukup marah dan kecewa dengan isu ini. Mana tidaknya, filem belum masuk panggung, dah ada rakyat Malaysia yang tengok; percuma pula tu.

Syamsul Yusof Pengarah KL Gangster 2 Kecewa dan Marah

Isu KL Gangster 2

Filem kita wajah kita. Mungkin ramai rakyat Malaysia tak sabar nak tengok wajah-wajah sebenar rakyat kita yang menjadi gangster dalam filem tu; kerana itulah ramai yang cari alternatif untuk dapatkan ia secara percuma. Lagipun, memang sekarang soal gangterisma antara isu panas dalam dada akhbar Malaysia.

Blogger Malaysia Tidak Puas Hati

Isu ini juga membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan blogger Malaysia. Kerana apa? kerana ramai berpendapat bahawa blogger tidak patut dipersalahkan seperti dalam kenyataan Syamsul Yusof menerusi twitternya.

Anda boleh gelintar (search) di Google dan lihat apa kata blogger Malaysia mengenainya. 

Ini bukan soal blog menyediakan khidmat muat turun percuma tetapi soal bagaimana filem itu dibocorkan sehingga mudah didapati secara online.

Bagi saya, yang patut dicari bukan blogger, tetapi pembocor atau individu yang bertanggungjawab sehingga membolehkan filem KL Gangster 2 itu dimuat turun secara percuma. Menyalahkan blogger dan mahu tindakan keras diambil kepada blogger, pada saya agak keterlaluan. Yang patut diberikan tindakan keras adalah mereka yang memberikan sumber muat turun itu kepada blog dan laman web.

Harus ingat, blogger Malaysia juga ambil peranan melariskan filem Malaysia. Berapa ramai blogger Malaysia yang buat review filem dan berjaya menyumbangkan hasil kutipan tiket wayang dan panggung. Jangan sampai ada blogger yang boikot ..... filem yang dibikini (bikini?) dengan kos juta akan jadi satubisnes filem yang rugi.

Carilah siapa yang tumpahkan nila dalam susu dan bukan si penjual susu yang mahu orang minum susu percuma.

*p.s: Susu sekarang pun bukan elok sangat dah, banyak yang artificial ... dah tak sesegar dan sesedap dulu.

No comments :

Post a Comment